Setakat ni kan.. dalam urusan penerimaan barang, Pos Laju memang tidak pernah mengecewakan akak.
Selain dari tu.. macam GDex ke.. memang aduhai... memang menjadi maki hamun orang ramai la.
Beberapa hari lepas akak ada ode dari Lazada. Dan satu barang dihantar melalui Skynet.
Jadi akak dapat mesej dari agen Skynet yang jual kad kawin tepi Kedai Roti Selasih kat Kuala Berang mengatakan barang dah sampai.
Tapi bila petang tu akak pergi nak ambik, kedai tu tutup. Padahal baru pukul 3 petang.
Hari Sabtu abe nik pergi lagi.. pukul 10 pagi.. kedai belum bukak.. aduhai.. ni memang budaya kerja orang malas ni.. suka hati buka tutup pukul berapa yang dia suka.
Dan memang akak ada tanya juga pukul berapa kedai buka pukul berapa kedai tutup..
Nak tau jawapannya?
"Tak tentu."
Hah.. kan dah cakap.. budaya kerja suka hati.. kan.. camana pelanggan berpuas hati kalau macam ni..
So kepada Skynet... kami para pelanggan mohon supaya Skynet dapat mewujudkan tempat operasi lain yang lebih cekap bagi kepuasan pelanggan.
Call hari bekerja pkl 12.20 pun haram tak berjawab. Barang kita hantar customer tak dapat2 dah seminggu. Baik declare tutup sajalah oii.. Ambik duit org saja yg tau. Barang org hilang tak mau tggjwb.
ReplyDelete