Dua hari lepas anaknda call dari hostel maklumkan kurang sihat. Demam. Tapi bila mami tanya nak mami datang ambik ke anaknda bgtau x payah datang.. dah beransur baik.. tapi akak tau.. anaknda tak nak susahkan mami ngan papa sebab jarak perjalanan yang jauh.. huhu..
Kata anaknda ramai yang demam selepas balik dari kem motivasi.. tu yang jadi jangkit jangkit. Hmmm..
Tapi yang paling mami sedih bila anaknda bgtau tak dapat gi kelas dan berehat kat dalam dorm je.. dalam keadaan tak sihat anaknda hanya memanggil nama mami dan papa.. aduhai.. siannya.. mengalir air mata mami..
Bila mami bagitau nak datang minggu ni anaknda bagitau ada kelas tambahan.. schedule penuh.. kelas pagi sampai petang dari hari Jumaat hingga Ahad..aduhai..
Tengahari tadi anaknda telefon bagitau yang kelas dah habis.. petang tak de kelas. Jadi apa lagi.. mami dan papa pun terus pergi ke Kijal.
Dan boleh outing.
Jadi kami ke Mesra Mall.
Makan mee tarik.. dah lama tak makan..fuh.. best nye..
Dan mami belanja kawan-kawan sedorm donut big apple sebagai ucapan terima kasih kerana prihatin dengan durra yang kurang sihat masa tu. Terharu mami bila ada kawan yang sanggup naik hantarkan makanan kat bilik.. sanggup letakkan tuala basah kat kepala.. alhamdulillah.. bersyukur kerana anaknda mendapat kawan-kawan yang begitu cakna dan prihatin. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment