Sunday, September 11, 2016

Panduan mengemas rumah baru

Bagi yang akan mula menduduki rumah baru, akak ada sedikit nasihat sebagai panduan bersama.

Setelah rumah siap dicat, mula fikirkan lubang-lubang di dinding yang perlu ditebuk untuk menggantung gambar, ayat Quran, jam dinding serta cermin dinding.

Kenapa?

Sebab nanti bila tebuk menebuk drill mendrill banyak habuk habuk dan debu simen  berterbangan. Sebab tu tak sesuai kalau ada barang-barang. Nanti semua barang berdebu.

Setelkan juga urusan pemasangan gril. Sebab itu pun nanti akan menyebabkan habuk simen yang agak banyak.

Kemudian setelkan urusan pemasangan langsir. Ini pun boleh tahan la kerja drill mendrill nya. Memang banyak sangat debu nya  nanti.

Dah siap semua tu, dah kemas dah mop lantai, barulah pasang kipas. Baru kipas bersih . Kalu pasang kipas dulu dan kerja drill mendrill ni dibuat kemudian, alamatnya berdebu la kipas. Satu kerja la pulak nak bersihkan kipas.

Lepas ada kipas, barulah bawak masuk barang-barang lain ke dalam rumah. Barulah boleh susun atur perabut dengan lebih kemas. Tak perlu nak alih sana sini lagi. Jimat masa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!