Sunday, September 25, 2016

Hiasan kulit kayu manis

Melihat dekorasi ruang tamu rumah di dalam blog dan juga majalah, akak sedikit teruja apabila ternampak hiasan kulit kayu manis. Akak tertanya-tanya jugak la apa kelebihan kulit kayu manis ni.

Carian akak melalui pertolongan pakcik google telah membuahkan hasil. Dimaklumkan bahawa kayu kayu
1) dapat memberikan bau yang wangi.. (wangi ke..hmm..)
2) dapat menghalau binatang-binatang yang mengeluarkan najis.. seperti cicak..

Hmm... ok.. menarik tu.. boleh menghalau cicak.. so takkan ada tahi cicak..ok ok.. bagus..like like like.

So... apa lagi.. akak pun dengan penuh bersemangat bagitau la kat abe nik petua utk halau binatang yang buat tahi er.. yang mengeluarkan najis ni ialah dengan meletakkan kulit kayu manis dalam rumah.

Abe nik tanya kat mana nak beli?

Terus akak bagitau, "Kat Pasar Payang!"

Apa lagi.. esoknya kami terus ke pasar payang lah.. hehe..

Kami pergi dalam pukul 9 gitu..

Dan tau tak? Masa tu ada penggambaran.. video shoot.. nak tau sapa? Zizan Razak u olls... kami lalu je la.. tak de nak interframe pun.. hehehe..

Kami terus mencari kedai menjual rempah.. kat satu kedai ni akak tanya ada jual kulit kayu manis yang panjang tak? Kata pakcik tu dah tak jual..katanya lagi dulu dia jual $12 inggit sekilo..  masa tu kurang permintaan. Sekarang ada kat kedai satu lagi yang jual.. sangat mahal katanya.. alahai pakcik.. ko dah tak jual.. ko komen pulak orang yang jual.. hihi.

Tapi pakcik tu tetap bagitau kat kedai mana yang kami boleh cari kayu manis tu.

Sampai kat kedai tu memang banyak la kelihatan batang kayu manis tu..

Bila ditanya berapa harga sekilo, jawab adik tu, "$35 sekilo".

Wah.. banyak mahal wo...

Abe nik dah cuak dah..hehe..siap abe nik tanya akak nak berapa banyak.. hehe.  Kalau ikutkan akak nak je 2 kilo.. baru puas hati tengok kayu manis dalam pasu..hehe.. tapi tengok abe nik dah cuak semacam je.. akak tukar fikiran.. ambik setengah kilo je dulu.. hehe.. memang mahal kan..

Entah entah sebab kat pasar payang tu dia je kot yang jual.. kemain lagi ko letak harga ek..

Tapi oklah dulu.. setengah kilo dapatlah jugak 5 batang... huhu.. lepas ni nak gi cari pasu lak.


so kalau ada yanh berkenan nak mintak belikan kulit kayu manis untuk dibuat hiasan, boleh je akak tolong belikan...tapi kena charge tambahan la ye. parking banyak susah situ wo..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!