Hari ni Ahad 10 Julai 2016, semua pelajar mula pulang ke asrama.. ada yang dihantar oleh ibubapa dan ada yang memilih untuk naik bas yang disediakan oleh pihak pengurusan sekolah.
Pada mulanya kami memang nak hantar Durra ke asrama, tapi mendengar keadaan kesesakan jalanraya, Durra akhirnya memilih untuk naik bas. Katanya sebab dah lama tak naik bas. Tapi kami tau, sebenarnya Durra tak nak menyusahkan mami ngan papanya..
Tapi akak berkali-kali jugak tanya betul ke nak naik bas ngan kawan-kawan, Durra masih bagi jawapan yang sama.
Jadinya, petang tadi kul 3 lebih kami hantar Durra ke perkarangan bangunan Yayasan Terengganu. Bas dijadualkan bertolak pada jam 4 petang. Masa kami sampai tu memang dah ada dah kawan-kawan Durra sedang menunggu bas. Meriah sungguh diaorang ni. Terutamanya si Syuhada tu..
No comments:
Post a Comment