Sumber: Harian Metro 14/7/2016
Kajiselidik yang dijalankan ke atas 13 ribu orang belia mendapati hampir 30% belia mengatakan benci dengan kerjaya sekarang. Hanya 9% sahaja yang sukakan kerja yang dilakukan sekarang.
Bila dah tak sukakan kerja... produktiviti pun mesti terganggu kan..
Bila produktiviti terganggu.. pencapaian kat tempat kerja mesti terganggu jugak kan..seterusnya organisasi berisiko rugi kan..
Sebab tu la sekarang ni kan.. kat organisasi terpilih, mereka ada macam-macam ujian kemasukan.. aptitude test la.. emotional test lam. Competency test la..macam-macam.. hanya untuk memastikan mereka menggaji pekerja yang layak dan pekerja yang terbaik.
Dari satu sudut lain kan.. kita hanya ada 24 jam sehari.. dan apa yang kita lakukan adalah ibadah kita.. jadi setiap minit setiap saat yang kita lepasi adalah bukti keikhlasan ibadah kita.. apa pun.. kena ikhlaskan hati dalam melakukan kerja kita kan.. barulah dapat pahala kan.. kalau hati tak ikhlas.. hati tak suka.. terpaksa buat suka..hipokrit la pulak kan... jiwa pun tak tenang kan..
Sama-sama kita muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment