Dalam Islam, pahala berterusan diterima oleh arwah ibubapa di alam kehidupan satu lagi apabila anak-anak mengirimkan doa mereka buat ibubapa.
Jadi anak-anak yang tidak mendoakan ibubapa mereka, maknanya tidak adalah kiriman buat mereka di sana..
Jadi betapa perlunya kita mengingatkan anak-anak kita supaya setiap lepas solat mereka mendoakan kita. Supaya doa mereka senantiasa dititipkan buat kita samada semasa kita masih hidup ataupun selepas kita sudah tiada di dunia ini.
Kita juga pun kena berbuat perkara yang sama. Kirimkan doa buat kedua ibubapa kita selepas solat. Doa supaya Allah melimpahkan rahmat kasih sayangNya kepada kedua ibubapa kita yang telah bersusah payah mendidik kita dari kecil..hanya Allah jua yang mampu membalas jasa mereka berdua.
Kajian yang dilakukan oleh pendakwah mendedahkan bahawa 80% umat Islam tidak solat atau tidak cukup 5 waktu..
Dalam solat ada doa.. selepas solat pun kita berdoa.. andai tak solat.. bilakah masanya kita berdoa? Adakah hanya apabila ditimpa kesulitan baru berdoa?
Ya Allah. Ampunkanlah dosa kami. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa menjaga solat dan mengingatiMu dikala susah dan senang.
No comments:
Post a Comment