Wednesday, July 13, 2016

Bidan pun macam doktor jugak..berkongsi ilmu kesihatan manusia

Kisahnya, semalam akak pergi mengurut.. yelah.. lelah kan.. tak sihat. Jadi kebetulan semalam akak memang cuti lagi.. jadi balik la kampung.

Pagi tu akak berbaring je atas kerusi.. dah tak larat kan.. akak rasa sakit kat belakang.. lenguh betul.. kemudian mak akak datang urutkan.. mak akak ni memang pandai mengurut tapi mak tak nak mengurut orang sebab mengurut ni guna tenaga yang banyak. Mak tak larat.

Jadi mak usulkan akak pergi mengurut ngan sorang bidan ni. Mak ngan adik akak memang selalu pergi berurut ngan bidan ni.

So akak mntak adik akak buat appointment ngan bidan ni.. tapi alahai.. bidan tu sibuk belah pagi.. lepas subuh dah ada dah yang datang ambik kul 6.30 pagi.. urut orang bersalin. Ada 3 org dah tempah bidan tu pagi tu.. huhu..

Sudahnya kami ke rumah bidan tu sebelah petangnya selepas asar.

Dipendekkan cerita, memang rasa lega la lepas berurut..siap mandi limau lagi lepas balik berurut.. sedap je rasa badan. Tapi memang lenguh la badan lepas berurut.. nak angkat kaki pun rasa berat..

Tapi sebenarnya rasa nak gelak pun ada sebenarnya..

Sebab masa mula berurut tu, bidan tu sentuh je akak kan, dia cakap apa tau..

Bidan tu kata,

" Awak ni ssummbbakk lemokk"

Hihi..

Maksudnya, lemak dah terlajak banyak dan dah bersatu hati ngan daging dah kot.. dah tepu dah.. dah mengganggu perjalanan darah dah.. tu la jadi kebas kebas tu.. darah tak berjalan lancar rupanya..

Logik logik..

So lepas ni akak kena makan ubat cairkan lemak.

Harapnya dapat la ucapkan selamat tinggal kepada lemak-lemak terkumpul tu.. hihi..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!