Wednesday, June 8, 2016

Ready for business! Yes....keropok keping goreng kruk kruk

Dah teruja nak berbisnes keropok kan.. hehe..  so akak dah beli keropok keping paling sedap, minyak masak dan kuali khas untuk goreng keropok.. teruja kan..

Ni dia keropok keping paling sedap akak pernah makan.. memang sedap.. ramai yang akuinya..


Ni dia minyak masak yang akak guna.. akak sentiasa guna minyak masak Seri Murni.. jumpa la Saji... Saji pun ok kan..

tapi nak citer nih.. kat Ganu sekarang ni memang susah betul dapatkan minyak masak.. bulan puasa ni gamaknya memang ramai sangat orang beli minyak kot.. buat stok..

akak gi Giant, Mydin, TreLeaf pun tak de minyak.. ada minyak jagung minyak sayur je.

Tau tak mana akak beli ni? Kat kedai runcit kecik je tepi jalan kat Marang.

Tapi tulah.. kalau u all nak tahu.. yang jual keropok dan goreng pisang kan.. mereka mana guna minyak dalam botol nih.. mereka guna minyak dalam plastik tu.. akak memang rasa was-was sket minyak dalam plastik tu.. bukan apa.. takut minyak kitar semula... dan lagi.. tahap Quality Control nya pun kita tak tahu kan..

dan.. kalau korang pernah dengar citer pasal peniaga keropok kat Kemaman yang pernah masukkan plastik bekas minyak tu sekali dalam kuali minyak.... ha... kawan akak yang dok kat Kemaman yang bagitau.. 

sejauh mana kebenarannya akak tak taulah.. hmm...


ni dia periuk a.k.a kuali yang akan digunakan untuk menggoreng keropok keping.. mana beli? Ala.. masa pergi Rantau Panjang ituhari.. akak siap beli 2 lagi.. hehe...satu yang besar.. satu lagi yang kecik sket.. harga? Yang besar tu 36 cm sekali ngan tudung dapatlah $47, satu lagi yang 28 cm dapatlah $25. ntahlah.. murah ke mahal ke.. tak taulah jugak.. dah tawar menawar dan dah berkenan.. rembat je lah kan.. hehe..

Masa untuk goreng keropok lak...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!