Sebagai rakyat Terengganu akak memang sangat sangat berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai setakat ini. Dalam aspek pembangunan infrastruktur, kerajaan negeri Terengganu sentiasa dilihat berusaha untuk memberi kemudahan yang lebih baik kepada rakyat.
Jalanraya di Terengganu juga mengalami penambaikan yang ketara.. dari jalan kecil dah jadi besar.. dari satu lorong kepada dua lorong.. alhamdulillah.. rakyat lebih selesa bergerak ke sana ke mari... siap di ambil kesempatan oleh mat rempit untuk merempit lagi..kan..
Tapi kan...
Di sebalik ini semua, dalam pada kerajaan ingin memberi kemudahan kepada rakyat, kerajaan juga berhadapan dengan kedegilan rakyat yang sengaja tidak ingin turut serta dalam mempercepatkan pembangunan negeri..hmm.. sudahnya... kedegilan mereka ini ternyata memberi kesulitan kepada orang lain.
Kita percaya ada proses dan prosedur yang perlu diikuti dalam pengambilan tanah oleh kerajaan.. tapi kalau dah degil dan rasa diri layak mendapat kelebihan lain... ntahlah...
Cuma, sama -sama la pikirkan pasal orang lain sama.. itukan lebih baik kan.. perkara baik mesti dapat pahala kan...
Lokasi: Merchang, Daerah Marang
No comments:
Post a Comment