Friday, June 3, 2016

Ke Rantau Panjang lagi....suka suka suka...

Selepas selesai urusan lawat pelajar LI kat Tanjung Demong, kami terus ke Rantau Panjang... cuti sekolah kan... ambik peluang kan.. hehe

Sememangnya kami dari awal dah plan satu keluarga nak bercuti ke Kelate.. jadi adik akak satu kereta lagi.. kami janji berjumpa kat Rantau Panjang terus..

Kat Rantau Panjang kami menginap kat Alisha Inn.. besar dan selesa biliknya. Kami ambik 3 bilik yang kalu ikut taraf hotelnya bilik deluxe la kot.. yang ada katil single dan double dalam satu bilik.

Tuannye hotel tu lak memang mesra.. dan memang adik akak si Ayu tu dah kenal.. ayu kalu pergi rantau panjang memang menginap kat situ.. siap tuan rumah sediakan dinner utk kami.. special... padahal kami dah keluar beli makanan dah.. elok elok je kami balik, tuan rumah hantar makanan.. alahai... punyalah segan kami.. kenalah makan jugak.. sampai kenyang mettok kami... tidur malam tu 'sapa dokk kettekk'.. hehe..

Dari hotel tu kan... memang sangattt dekat ngan sungai golok.. sangat sangat dekat.. hehe.. next time la kita gi seberang..

Pagi esoknya memang kami shopping la kejenya... hehe.. dah memang tu la kot tujuan orang gi situ kan.. kan..

Akak beli jubah kat Abask.. jubah dan blaus kat kedai Abe Li.. adik akak pun beli jubah.. beli baju melayu.. keje beli belah je kan kan..hehe...

Kami shopping pagi Jumaat, kemudian bertolak pulang.. tengahari tu makin ramai datang.. tapi paling ramai hari Sabtu la..

On the way balik kami singgah  makan kat Masjid Raudhah.. rasanya namanya betul lah raudhah kot.. kat Machang.. ada tempat makan.. selesa sangat.. makan nasi berlauk yang dibekalkan oleh kawan Ayu yang duduk kat seberang.. terima kasih banyak-banyak.

Gambo gambo kami
Makan nasi berlauk ramai-ramai kat Masjid Raudhah

Abang Adam posing kat kedai eskrim

Kak Durra, Adam dan Afiq tengah tunggu aiskrim

Adam dan Afiq posing depan kedai ais krim Atiq

Baby Dhia ngan Cnor Dalam kedai Abask



Ayu kat depan Alisha Inn

Durra posing kat tepi surau kat parking lot tu

Durra dan mami

Mami dan Papa

jom ke Rantau Panjang kita...

Durra, Dhia, Ajiq, Afiq dan Adam di tepi Sg Golok

Papa selfie berlatarbelakangkan luar negara Thailand.. hehe..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!