Monday, September 10, 2018

Bagaimana akhirnya saya buka kelas bimbingan untuk bantu anak-anak jiran di kampung. Bagaimana Anda boleh bantu saya.

Kisahnya...

Saya pernah menghadiri Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS (saya lupa dah tahun bila.. males pulak nak menggugel.. hehe..) yang diadakan di UiTM Kampus Dungun.

Ada banyak penyertaan dari kanak-kanak berumur 5-6 tahun dalam pelbagai acara.. ada pidato.. ada storytelling.. ada drama.. tarian.. nyanyian..


Kredit imej: KEMAS

Dan secara peribadinya, saya sangat seronok melihat bakat dan kemahiran yang ada pada kanak-kanak sekecil tu. Memang cikgu-cikgu KEMAS betul-betul berjaya mengeluarkan potensi hebat dari diri kanak-kanak ni. Terima kasih cikgu-cikgu yang begitu banyak berusaha menggilap bakat-bakat mereka ni. Bukan kerja senang.. yelah.. kanak-kanak kot.. penuh dengan emosi.

Akak seorang pendidik. Berjiwa pendidik. Akan terus mendidik.

Duduk kat kampung ni, macam-macam ragam anak-anak, pelajar-pelajar sekolah yang kuta dapat lihat. Mereka ni generasi pelapis masa depan. Jadi perlukan suntikan semangat yang berterusan untuk meraih kejayaan!

Jadi, semenjak hampir 2 tahun berpindah menetap kat kampung asal ni, akak pun bercadang lah nak buat Hari Potensi Kanak-kanak kampung. Dalam skala kecik la. So nak la rancang 1 hari untuk buat event ni. Bajet sendiri lah.. pakat dengan ahli keluarga..

Akak pun buat la promosi.. sebagai satu sesi persediaan kanak-kanak untuk event Hari Potensi Kampung. 


Kenapa perlu promosi ni? Sebab nak tengok berapa ramai ibubapa yang betul-betul prihatin nak bantu kejayaan anak-anak. Kita tak paksa. Yang berminat sahaja.

Jadi, ada ibubapa yang menunjukkan minat yang sangat bagus. Akak maklumkan program ni hanya untuk 3 bulan je, bermula 1 Julai hingga 30 September 2018. Lepas tu akak akan adakan event Hari Potensi tu. Akan ada makan-makan. Akan ada hadiah. Dan akak juga caj RM10 untuk dapatkan komitmen ibubapa. Dan juga supaya ibubapa pun ada sumbangan dalam projek kecil ni.

Akak hanya ambil pelajar sekolah rendah sahaja. Tak lebih 10 orang. Sebab kekangan tempat.

Pada hari yang dijanjikan, kelas pun bermula. Kelas ni memang untuk Bahasa Inggeris. Sebab tujuannya nanti nak latih pelajar untuk Hari Potensi tu.


Namun....

Apa yang berlaku ialah... rupanya ada pelajar-pelajar ni yang masih belum mahir membaca. Ada yang dah Tahun 3. Masih belum mahir membaca. Ada yang dalam Tahun 4, tapi masih belum lancar menulis.

Sumber imej

Aduhai... macamana nak teruskan dengan program Hari Potensi tu? Mencabar nih.

Jadinya, setelah perbincangan dilakukan, akhirnya pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan 1 untuk pelajar yang masih lemah dalam pembacaan, dan satu lagi kumpulan 2, yang sudah boleh meneruskan sesi pemantapan. 

Bagi Kumpulan 1, akan diajar oleh adik akak, Ayu yang sememangnya seorang guru KEMAS. Manakala Kumpulan 2 akak yang ajar.

Ketika ini kelas sudah pun dilaksanakan. Namun Hari Potensi yang akak rancang terpaksa ditunda ke satu tarikh lain yang lebih sesuai. Apabila anak-anak dalam Kumpulan 1 dah mahir membaca. 

Tapi akak ada menjanjikan sesuatu kepada kesemua anak didik akak ni. Bulan 12 nanti, insyaAllah akan diadakan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Kuala Terengganu dan juga ke sebuah lokasi badan beruniform yang belum diputuskan lagi. Kesemuanya dalam negeri Terengganu ni.

Bila dimaklumkan tentang rancangan lawatan ni, bukan main seronok lagi pelajar-pelajar ni. Siap balik bercerita kat ibubapa lagi. Malah ada tu yang setiap kali datang kelas, ditanya bila tarikh kita nak pergi lawatan tu. Sesuatu yang mengujakan mereka.


Gambar di atas adalah anak-anak yang hadir kelas pada minggu pertama. Sehingga kini akak ada 13 orang anak didik.

Tapi tulah.. sekarang ni kami kena rancang untuk program lawatan bulan Disember ni. Kena buat bajet dengan terperinci. Kalau kos mahal, ibubapa kena top-up. Bimbang nanti ibubapa tak mampu bayar, dan harapan anak-anak untuk turut serta dalam lawatan ni akan berkecai. Aduhai.. 

Jadi, nak kena risik-risik kos untuk sewa bas. Sewa bas satu hari dah hampir RM 1000 kan. Nak kena pikir jugak kos bayaran masuk ke Pusat Sains tu. Mungkin kos minima secara berkumpulan, tapi masih lagi kos yang perlu dibayar. Kos makanan lagi...

Pusat Sains Kuala Terengganu

Aktiviti untuk kanak-kanak

Hah.. begitu banyak kos.. tak payah lah nak buat sangat lawatan ni. Owh.. Tak boleh! Kena usahakan jugak. Sebab melihat keterujaan kanak-kanak ni dan manfaat yang mereka akan dapat dalam kehidupan mereka, kita akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan program Lawatan Sambil Belajar ni.

Ibubapa kampung.. tahu-tau je lah kan.. bukannya kerja best.. tapi akak respect, ibubapa ni prihatin dengan anak-anak.

Jadi, ada sesiapa yang nak bantu?

Mereka yang nak bantu, akak letakkan cara berikut sebagai cara yang adil. Win-win. Menang-menang.

Pernah dengar tak beli satu barang, sebahagian keuntungan akan disalurkan kepada golongan yang kurang berkemampuan?

Akak pun nak usahakan macam tu lah. Harap sangat dapat dana yang mencukupi.

Pembaca yang berminat nak bantu kanak-kanak ni gi Lawatan Sambil Belajar fully-sponsored untuk pelajar-pelajar, hanya beli Ostematrix melalui akak. Akak dapat bonus nanti, boleh akak bantu merealisasikan impian mereka.

Hanya beli Ostematrix Shaklee.



Semua tahu kan kepentingan Kalsium bagi menyokong kekuatan tulang kita. Selain Kalsium, tulang kita perlukan nutrien lain seperti Magnesium, Boron, Vitamin D, Kuprum, Zink dan Mangan. Sila baca penerangan di dalam gambar di bawah.



Siapa yang perlukan nutrien untuk tulang ni? SEMUA GOLONGAN sebenarnya. Sebab semua orang ada tulang kan.
Tapi keperluan nutrien ni bertambah bagi golongan berikut:

  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu
  • Ibu yang pernah lahirkan anak
  • Wanita yang senggugut
  • Mereka yang mengalami sakit sendi
  • Mereka yang tak minum susu




Jadi, semua orang perlukan nutrien untuk tulang kan. Dan nutrien ni ada dalam Ostematrix Shaklee.

Harga biasa sebotol Ostematrix ialah RM61.25 (tak termasuk pos). Bulan September ni Shaklee ada buat tawaran yang bagus. Beli 3 Ostematrix, dapat 5% diskaun. 

Jadi, harga termasuk pos ialah RM 185.




Akak alu-alukan inisiatif korang yang nak bantu merealisasikan impian kumpulan kanak-kanak ni untuk pergi Lawatan Sambil Belajar fully-sponsored. Sumbangan anda akan menjadi sangat bermakna buat mereka ni.

Yang berminat dan nak beli Ostematrix, boleh hubungi akak terus 019-9695787.

Semoga sumbangan ikhlas anda ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada kesihatan anda tetapi juga kepada menambah kegembiraan kepada pelajar-pelajar ini. InsyaAllah.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!