Sunday, May 5, 2013

Melihat keliling Memuhasabah diri



Merujuk kepada peristiwa lepas mengenai perempuan Melayu yang tidak tahu berapa surah ada dalam alQuran, disalin dari sini


Berapa surah dalam Al-Quran?

Aku tengok dalam Sejuta Ringgit Money Drop. Ada satu soalan.
Ketika ini, pasangan perempuan melayu dan lelaki india ni pilih kategori surah. Dah tahu soalan ni mungkin susah dan korang tak mahir. Apa pasal pilih yang ini? Haiya..Okeh. Soalannya berbunyi begini..

Ada berapa surah dalam Al-Quran?
A. 3
B. 91
C. 120
D. 114


Bagi yang dah tahu jawapannya, memang tahulah. Tapi secara LOGIK, kalau korang ni memang PERNAH baca Al-Quran dan pernah belajar agama atau tak FAIL dalam mata pelajaran Pendidikan Islam masa kat sekolah dulu, korang memang boleh jawab soalan ini dengan mudahnya.
Of course bagi yang rasa tak tahu pasal benda ni atau pandang remeh tentang isu ini..memang ramai yang tak tahu. Secara jujur, memang aku sedih jugak bila minah ni tak tahu. Sudahlah partner dia adalah orang india. Memang sah-sah tak tahu. Jadi, harapan disandarkan pada perempuan ini. Aku tahu dia tak tahu. Mungkin dia pernah belajar, tapi dia terlupa. Tapi benda pelik macam ini..aku tak rasa susah nak ingat.

Tiga surah sahaja? Ok, pilihan A memang salah 100%. Pilihan B yang dipilih oleh perempuan tersebut. Terus 840 ribu itu hilang dari tangan perempuan ini kerana aku tahu, secara logik memang surah dalam Al-Quran lebih dari seratus. Mustahil bawah seratus. Jadi, pilihan tinggal C dan D. Tinggal 120 dan 144. Jadi, kalau korang teka, mesti cari yang PELIK kan? Jadi, 90% akan pilih 114.
Ya. 114 surah adalah jumlah surah yang ada dalam Al-Quran.

** Aku tak kata perempuan tu tak pandai ke apa. Benda macam ini, fakta dan seharusnya WAJIB kita tahu. Itu kitab pegangan umat Islam. Buah tangan yang sangat berharga dari Allah. Takkan benda senang inipun kita nak lupakan?


Itu yang berlaku sekarang.. kalau kita ibubapa Melayu Islam ini masih lagi alpa dengan keadaan sekarang yang lebih bersifat kepada materialistik dan hedonisme semata-mata, tidak mustahil akan datang ada lagi peristiwa yang lebih 'memalukan' kita mungkin berlaku..

Friday, May 3, 2013

Fikir dulu sebelum tulis.. jangan tulis macam ini!

Ada kete kancil ni ha.. siap pasang iklan kat cermin belakang.. yang ditulisnya
"Kita kena sokong Tuhan sbb Tuhan yang bagi kita makan.. bukan BN.."

Rasanya semua orang Islam penuh yakin dan percaya bahawasanya segala yang kita ada hari ini atas keizinan Allah SWT. Kita makan.. minum.. kerja.. ada rumah.. ada kete.. tu semua sebab Allah izinkan..

Tapi makanan tak akan jatuh terus dalam pinggan kita.. kita kena ada kudrat bangkit dan letakkan atas pinggan. Dan makanan tak akan masuk terus ke mulut kalau kita tak gerakkan pikiran kita arahkan tangan untuk suap ke mulut..

Yang terjadi kat Afrika.. kat Aceh.. kat Thailand.. semua dengan izin Allah.. anak masuk U.. anak dapat kerja.. semua dgn izin Allah..

Bila kita tulis ayat2 mcm tu... memang akan menyebabkan orang lain pikir.. tapi masalahnya kita rasa kesian la pulak kat orang yg bagi idea tulis macam tu.. sebab nampak sangat dangkal pemikirannya..

Bangkitkan minda supaya sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Sama2 mohon supaya kita diberi rahmat Allah dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah. Kita cuba perbaiki akhlak kita dengan perbuatan dan perkataan yang baik dan positif.

Wednesday, May 1, 2013

MyV - Yang paling ku suka

Sebelum ni kete akak tak de feature ni.. bila tengok MyV ada tunjukkan berapa km lagi dgn jumlah minyak yg ada rasa teruja la pulak..  so kalau tengok gambar tu.. kira dgn minyak penuh dah boleh pegi KL la.. I like.. I like..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...