Sunday, January 13, 2013

PruBSN

Operation tiroid itu hari aku guna medical card prubsn. Alhamdulillah. Daripada kos yg mencecah $11 ribu tu aku bayar co-takaful $1 ribu je.

Aku nasihatkan semua orang ada kad insuran. Yelah. Xtau bila kita akan sakit. Dan xtau bila kita akan 'pergi'. Dgn adanya insuran dapatlah bantu kita dapatkan khidmat perubatan hospital yang baik. Dgn adanya insuran dapat bantu keluarga kita bila tiba2 kita dipanggil Tuhan.

Aku pun dah belajo nak jadik ejen insuran prubsn ni. Dah lepas 1 exam. Nak ambik exam lagi kena pastikan dapat forward 5 kes. Hai.. camana la nak approach client... rasa cam susah je.. bila tanya je macam semua dah ada insuran. Hai.. camana lah ni.

Sayangilah diri dan keluarga

13 Jan 2013
Melihat muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini membuatkan diri terkilan. Ada gambar jiran yg hadir ke perhimpunan sejuta kat Stadium Merdeka. Bawak anak2 sekali.
Tak taulah apa yg diperjuangkan. Apa lagi yg kurang kat Malaysia nih. Semua cukup. Siap rakyat negara lain datang kerja kat sini jadi kaya raya lagi. Bukan negara kita macam kat Palestin.. bukan mcm kat Thailand.. entahlah..
Anak2 pewaris generasi akan datang menjadi saksi sebuah percakaran disebabkan perbezaan parti politik. Tak paham lah camana pemikiran setengah org. Agaknya nak jadikan Msia ni negara berperang mcm kat Mesir tu kot barulah puas hati kot.
Pikir-pikirkanlah pasal anak2. Perjuangan jihad tu perbetulkanlah. Jangan berpaksikan parti politik. Kita ada byk tanggungjawab kat dunia ni. Yg paling besar tanggungjawab kepada diri sendiri. Niatkan kpd Allah apa yg dilakukan. Biar ikhlas.
Ramai pegi stadium sebab dpt duit. Hmmm... yelah.. sokongan boleh beli kot. Ntahlah...

Friday, January 11, 2013

Bengkel AI kat Royale Bintang

18 Disember 2013
Hadir bengkel AI selama 2 hari 17&18 Disember 2012 kat Hotel Royale Bintang KL.

Bergambar ngan prof.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...