Friday, December 7, 2018

Amaran Produk Kosmetik Beracun: Wanita Tolonglah Ambik Cakna!

Ini adalah kenyataan akhbar dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini ekoran dari pendedahan oleh Berita Harian mengenai kosmetik beracun yang terus-terusan menjadi isu di negara ini.

Ini adalah gesaan dari salah seorang pengguna yang pernah menggunakan kosmetik beracun:
“Saya berharap, kementerian mengambil tindakan menyekat produk ini daripada terus dijual kerana mendatangkan kesan sampingan ke atas kulit seperti jerawat dan bernanah, jerawat pasir, kulit gelap dan kusam.
“Ramai mengalami nasib seperti saya selepas menggunakan produk ini, tetapi apabila mengemukakan aduan, tiada pihak bertanggung jawab mengambil tindakan,”
“Sekiranya sudah terlalu lama menggunakan produk ini, kulit mula menyesuaikan dengan kesan mudarat dan apabila berhenti menggunakannya, kulit ‘terkejut’ dan bertindak balas seperti mengeluarkan jerawat serta bernanah,” katanya.
Semua bahan ini memberikan kesan dan paling kronik menyebabkan kanser kulit, selain kerosakan organ lain, terutama buah pinggang.




Dah tau ada merkuri ada hydroquinon.. tak payah lah ambik risiko.. walau murah macamana pun. Hargai diri.
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan perkara berikut:
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa membeli sesuatu produk kosmetik di pasaran dan tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk kosmetik serta testimonial yang disiarkan di media cetak dan media elektronik yang membuat tuntutan yang tidak munasabah. Orang ramai termasuk pihak media digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk kosmetik yang meragukan sebagai usaha bersama pihak kementerian untuk membanteras penjualan produk kosmetik yang tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam.

Pengguna juga dinasihatkan mendapatkan informasi berkenaan sesuatu produk kecantikan yang digunakan di laman web Perkhidmatan Farmasi.
Cakna diri!
Hargai diri. Berikan diri yang terbaik!

Bertukar kepada Youth Shaklee sekarang.
wasap kak izang.

http://izang.wasap.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!