Malam ni temankan mak gi sepital.. mak lelah.. sedut gas..
Kami pergi lepas maghrib..
Dan masa kami datang tu ada sorang ibu muda ni berada di situ sedang dukung bayinya..
Dah pukul 9.15 pm.. barulah ibu muda ni dipanggil masuk untuk rawatan..
Kebetulan suami nya ada kat situ.. diberitahu yang mereka datang sepital jam 4 ptg lagi.. Ya Allah.. 5 jam lepas tu baru dipanggil.. dengan ada baby kecik nya lagi.. aduhai..
Kami mohon la pengurusan hospital di bawah kementerian kesihatan.. tolong la ubah SOP yang ada sekarang.. kesian kat rakyat semua ni..
Setakat 1 jam boleh la kami pejam mata.. 5 jam tu...
Dan sebab bukan semua orang mampu ke klinik.. kita sangat perlu kepada hospital.. tapi di bawah pengurusan yang cekap lah..
No comments:
Post a Comment