Friday, January 5, 2018

Kedai Air Buah Pak Toin - Indah Khabar dari Rupa!

Ari ni Durra outing. Ada nk beli barang sekolah sikit lagi..

Jadi bila dah setel urusan, on the way hantar Durra kami singgah makan kat kedai air buah Pak Toin kat Pasir Panjang.

Kami ode air buah honeydew, mangga dan carrot susu. Air buahnya biasa je.. tak de la sedap mana pun.

Dan untuk makan.. kami ode nasi lemak dan udang celup tepung.. makanan yang sedia ada tak sampai 10 minit pun untuk serve ke meja customer.

Tapi kami tunggu hampir 40 minit.. tak sampai-sampai nasi lemak.. kami tanya pelayan tu.. katanya kejap lagi..hmm..

Tak ramai orang pun..

So kami bagitau kami nak cepat ni.. nak hantar anak kat hostel lak.. nasi lemak je pun.. yang dah sedia ada kot..

Tapi bila tanya lagi bila nak sampai makanan kami, pelayan tu bagitau ayam tengah goreng.. ok.. kami mintak hantar nasi lemak dulu..

Tapi oklah.. lepas tu pelayan hantar nasi lemak sekali ngan ayam goreng.

Sedap ke nasi lemak dia? Dalam skala 1 hingga 10, akak bagi 2 je. So u all boleh agak la kan..

Udang celup tepung pulak.. diberitahu yang akan ambik masa lama untuk disiapkan..

Dan kami tengok meja depan kami tu, air dah habis minum dah.. baru sampai udang celup tepung.. aduyai..

Aloooooo...

Kalau kedai tak sedia lagi nak beroperasi.. ko tak payah lah bukak lagi.. dah siap semua barulah ko bukak kedai..

Kalau tak.. kesian customer.. customer ni macam-macam kan.. ada yang sibuk.. kejar masa.. setakat tunggu 20 minit tu kira masih lagi boleh dipertimbangkan..

Tapi kalu sampai 45 minit. Hah.. memang something wrong la ngan pengurusan kedai tu.. bukan kami ode chicken chop ke.. spagheti ke...

Ni nasi lemak je kot.. aduhai..

Kami tak habis pun makan..

Masa bayar, abe nik tegur la cashier.. bagitau pasal servis yang lambat giler tu..

Tak pasti la samada cashier tu tuan kedai tu ke tidak..

Tapi.. dia boleh bagi banyak alasan.. baru buka kedai pukul 5 la.. tak sempat la..

Elooo.. rule pertama! Kalu ko belum ready lagi.. jangan la bukak kedai dulu.. itu pun nak kena ajar ke?

Dan yang paling menyakitkan hati ialah.. mereka ni menjawab sakan ngan customer.. mereka lupa the next rule! .. where... customer is always right!

Servis ko memang lambat giler.. ko masih tak nak mengaku..

Patutnya ko dengar je apa customer maklumkan dan bagitau customer the magic word, "MINTAK MAAF ENCIK."

BELAJAR la menghormati customer..

Ni tidak.. ko naik hangin..

Abe nik pun bengang jugak lah.. abe nik ambik gambar nak viralkn kat fb pasal kedai ni.. so bila mereka nampak, siap ambik gambar abe nik pulak.. haha.. memang vangang lah..

Berlagak kan!

Dah la tu.. eja french fries pun tak betul.. tak pernah lagi lah akak baca menu ditulis sebegitu.. itulah.. tak tau tanya kan.. jangan syok sendiri.. pikir sendiri semua betul..haha..

KALAU NAK TUNJUK LAGAK, JANGAN TUNJUK BODOH TU SEKALI!

Teruskan belajar ye dik! Kesian.

Owner kedai makan.. tolong la ambik iktibar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!