Sunday, October 9, 2016

Lawat anak kat hostel

Sabtu 8/10/2016

Ari ni lepas zohor kami bertolak ke Kijal untuk berjumpa anakanda yang akan menduduki peperiksaan PT3 bermula Isnin sehingga Khamis (10/10/2016 - 13/10/2016).

Kali ni kami bawa bersama anak saudara, Dhia yang berusia setahun lebih. Surprise buat kak Durra.

Memang suka sangatlah kak Durra dapat jumpa baby Dhia.

Seronok kak Durra..

CNor tengah melayan Dhia makan ayam.

Eh.. temasuk lagi sekali gambo sama.. hehe..

Tengah melihat Dhia yang bermain kat tepi tiang..

Tengah makan.. hehe..

Baby Dhia.

sempat posing ayu..

masa nak balik..

Esok Isnin 10 Oct 2016 peperiksaan PT3 bermula.

"Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Kau kurniakanlah kepada anakanda kami Durra hati yang tenang dalam menjawab soalan. Berilah ilham dan petunjukMu kepada Durra supaya Durra dapat memberikan jawapan dengan tepat.

Kurniakanlah kepada anaknda kami Durra kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. 

Begitu juga dengan rakan-rakan Durra yang sama-sama menduduki PT3 di Imtiaz Kemaman. Kurniakanlah kepada semua anak-anak ini petunjuk dariMu semoga mereka dapat menjawab sebaik mungkin seterusnya mendapat straight A's dalam semua subjek.

Sesungguhnya mereka ini adalah bakal pemimpin generasi akan datang yang kami para ibubapa harapkan dapat sama-sama mencurah bakti dan memberi sumbangan ilmu pengetahuan demi meraih keredhaan Ilahi yang berterusan.

Bantulah mereka memperoleh kejayaan cemerlang ya Allah.

Amin."
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!