Tuesday, April 12, 2016

Kisah traffic light yang tak hijau hijau..

Pernah tak korang berenti kenderaan kat traffic light... kemudian tunggu giliran.. tunggu.. tunggu dan tunggu lagi sampaikan korang perasan lane belah sana dah 4 kali tukar warna hijau? Yg lane korang lak tak tukar tukar hijau?

Hahaha..

Itu yang telah terjadi kepadaku beberapa hari lepas..

Kat mana?

Kat traffic light nak masuk ke istana Sharqiyyah... dekat ngan sekolah tu.. kat cendering..

Aduhai.. memang rasa berzaman la tunggu.. dan ari tu rasanya malaikat sebelah kiri banyak jugak la kot tulis kat dalam buku dia.. segala dosa sumpah seranah maki hamun akak.. hanya disebabkan lampu b***h tu tak bertukar hijau.. last last akak terpaksa ambik kiri dan buat pusingan ikut jauh.. petang tu memang rasa bengang giles tahap gaban la..

Bila citer kat abe nik boleh pulak abe nik gelak.. aduhai... sabo sabo..

Siap bagi nasihat lagi kat akak..

Kata abe nik, "Lain kali, pastikan kereta berada dekat dengan line putih kat depan tu... sebab line putih tu ada sensor.."

Oh ye ke...

So esoknya akak pastikan tayar kereta berada atas line putih.. hehe.

Memang betul.. lampu hijau berfungsi seperti biasa..

Bila akak gugel, memang ada kebenarannya pasal sensor ni.. oh gitu..

Esoknya akak tanya la kat officemate akak.. pernah tak mereka mengalami kisah tragis traffic light ni.. ada yang ketawa.. siap bagitau tu traffic light misteri lagi.. dah banyak yang kena macam tu.. sebab tu ramai yang cuba elakkan dari lalu kot situ.. ai.. jalan punya cantik kot.. rugi la tak guna kan..

So lepas ni.. pastikan kalu duduk depan tu kan.. pastikan tayar kereta kat line putih tu.. kalu tak kan.. dosa kering maki hamun kat traffic light tu.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!