Thursday, May 7, 2015

Omega Shaklee - apa yang hebatnya?

Omega Guard dari Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia.

apa maksud minyak ikan ni?
yang biasa kita dengar ialah minyak hati ikan.

tapi omega guard shaklee bukan dari minyak hati ikan. Ianya diekstrak dari ikan laut  dalam seperti sardin, mackerel, herring serta anchovies.

kenapa dari ikan laut dalam?
sebab penyelidik melihat kepada kehidupan orang Eskimo yang bekerja sebagai nelayan. mereka ini  mempunyai kesihatan yang baik, tidak mengalami masalah seperti sakit jantung atau lelah atau darah tinggi atau kencing manis. kajian penyelidik menunjukkan ikan laut dalam mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggu yang dikenali sebagai EPA dan HDA yang berfungsi merendahkan lemak dalam darah. seterusnya ini menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik.

Omega guard membantu
# mencegah penyakit saluran darah dan strok
# tumbesaran dan perkembangan otak janin
# perkembangan memori
# meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
# mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon
# mencegah artritis
# mencegah insomnia
# mengurangkan tekanan

banyak kelebihannya kan.

tapi kenalah istiqamah dalam pengambilan omega guard ni. jangan la pulak makan 1 biji dah nak dapat kesan segera kan..

kena amalkan secara konsisten. barulah kita dapat rasa kesannya.

Ni testimoni dari mak akak sendiri. Mak bagitau bila ambik omega guard ni sakit sendi mak dah berkurang sangat. kalau sebelum ni mak mengadu sakit lutut la lenguh tangan la.. tapi bila amalkan omega guard ni mak bagitau sendi dah tak bermasalah dan badan pun jadi lebih ringan. Bagus kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!