Tuesday, February 10, 2015

Refleksi kita terhadap sesuatu perkara

Setengah-tengah orang ada penyokong yang cukup kuat cukup tegar. Tak kira apa saja yang dilakukan oleh mereka, penyokong akan tetap setia menyokong di belakang. Sedangkan bagi pihak lain, perkara yg dilakukannya adalah salah.

Jadi di sini mari kita perhalusi fungsi penyokong.

Sebagai penyokong, sebelum kita menyokong sesuatu, adalah perlu bagi kita memperhalusi setiap tindakan yang telah diambil. Pikirkan adakah tindakan tersebut membawa kepada kebaikan bersama ataupun tidak. Sekiranya membawa kepada kebaikan kepada ramai pihak maka tunjukkanlah sokongan kita. Tapi kalau memberi kebaikan hanya kepada pihak tertentu maka tidak wajar kita menunjukkan sokongan.

Dan lagi, apabila kita langsung tidak tahu menahu tentang sesuatu, lebih baik kita berdiam diri dan tidak menonjolkan diri kita dalam situasi itu. Dah tak tahu, macamana nak terangkan kepada orang lain? Jadi, berdiam diri. Beri peluang kepada orang lain yang lebih arif. Ataupun belajar dari yg arif dulu baru tonjolkan diri. Kan ke lebih baik macam tu.

Ya Allah. Dekatkanlah kami kepada segala kebaikan dan jauhkanlah kami dari segala kejahatan. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!