Saturday, September 30, 2017

Durra outing...

Sabtu 29/9/2017

Ari ni Durra outing. So mami ngan papa gi ambik kat hostel. Dalam 9.30 gitu kami sampai. Pakcik guard macam heran la.. sebab awal sangat outing nye.. biasa kul 11 mula outing.. ooo ye ke.. Durra tak cakap pun.. dia mintak kita ambik kul 9 ada la.. hihi..

So outing ke mana?

Hihi..

Balik rumah..

Durra gosok baju.. sebab katanya nak try iron baru.. haha..

Dan... layan citer "Duda Pujaan Dara" yang dah dirakam.. aduhai..

Lepas Asar baru gi anto hostel.. hehe.

Monday, September 18, 2017

Seterika Philips alaf baru..

Mak ai.. gedabak besar seterika ni..

Beli jugak.. hehe.. testimoni hebat giler.. jadi terpengaruh pulak daku..

Yelah.. ironing time la paling daku berkira.. tambah-tambah bila kemeja kain kapas.. aduyai.. kat setengah jam juga la masa nak habiskan proses menyerika dengan sempurnanya..

Tu tak masuk lagi time nak mensterika kain sutera.. memang menahan rasa la.. hihi..

So.. dah ode dah seterika terhebat alaf baru nih..

Dah sampai kat rumah dah ari ni..

Dan... haruslah tak sabar nak guna.. haha..

Abe nik dengan gigih membantu..hihi

Beza ironing board yang kami guna..


iron dah cantik terletak. Sedia berkhidmat.


Wednesday, August 30, 2017

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

31 Ogos 2017

Pagi ni awal-awal lagi ai dah duduk ngadap tv.. memang takkan lepaskan peluang la..

Hari ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia.

Apa yang paling seronok sangat?

Haruslah nyanyi lagu patriotik! Hihihi..

Dan menghayati persembahan hebat rakyat Malaysia yang mengambil bahagian.

Sangat sangat hebat! Cemerlang! 10 bintang ai bagi.

Bermula dengan drama anti komunis.. gerakan kemerdekaan.. sangat sangat menyentuh hati dan perasaan..

Ya.. bagaimana semuanya bermula.. sehingga kita mendapat kemerdekaan. Hasilnya.. hari ini.. apa yang telah kita kecapi. Nikmat kemerdekaan yang Allah kurniakan kepada kita semua rakyat Malaysia.

Sayangi Malaysia Cintai Malaysia!

Inilah tanahair kita! Tanahair generasi kita! Tanahair anak anak kita!

Hargai kebebasan yang ada! Ayuh! Berjuang bersama demi kejayaan Malaysia kita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...