Saturday, October 31, 2015

Aduhai.. akibat kecuaian sendiri.. huhuhu

Khamis 29/10/2015

Ari ni kami on the way balik kampung. Tengok projek baikpulih rumah.. hehe..

So dari Dungun macam biasa la.. akak ngan abe nik lalu ikut hiway lpt ajil...

Tiba tiba... lebih kurang 30 km nak sampai tol ajil, berdekatan kawasan ada air terjun kat tangga tu (air bukit).. ok sambung balik..

Tiba tiba.. terdengar bunyi bip bip bip.. suspen giles akak ngan abe nik. Abe nik berentikan kereta.. rupa rupanya.m aduhai... temperature dah duk kat H. Habis meter temperature dah..

Panik kejap.. tak pernah pernah jadik macam ni..

So abe nik bawak kereta ke tepi jalan. Abe nik bukak bonet depan kereta.. akak pun keluar jugak.. suspen gilessss..

Bukak je bonet depan tu, fuh.. dia nye asap.. adui.. sampai bau hangit..

Rupanya.. air tangki dah keluar terpercik ke seluruh enjin.. adui..

Bila abe nik tepuk dahi akak dah tau dah.. mesti abe nik ada buat silap nih..

Memang betul... rupanya tadi abe nik nak check air kereta.. lepas isi air abe nik boleh lak lupa nak tutup balik penutup tangki tu... adussssss...dus.. penutup tu lak ada terletak cantik kat tepi tu ha.. tak de la tercampak mana mana.. sedangkan masa atas jalan raya bukan main lagi kereta lalu bumper la.. tapi alhamdulillah penutup masih ada kat situ..

Akak lepas tu apa lagi.. punya la brainwash abe nik.. tapi memanglah.. semalam lagi abe nik kurang fokus tumpuannya. Kenapa? Sebab kencing manis tinggi!.. dia macam hanyut gitu.. aduhai.. bila check darah hmm.. memang tinggi la.. tu la yg hilang fokus tu.. bahaya betul.. peringatan buat semua.. huhu.

Memandangkan air tu kena ditambah dan boleh pulak time time tu la kami tak dak simpanan air.. jadinya akak terpaksa la call adik akak kat kampung.. mintak bawak air..

Tapi kan.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. tak sampai 5 minit akak berenti kereta, ada la trak peronda lebuhraya berenti. Mereka la yang tolong. Tolong isikan air.

Syukur rahmat Allah. Urusan perjalanan kami dipermudahkan Allah. Jadi akak pun telefon adik akak bagitau tak perlu datang.

Terima kasih banyak-banyak wahai warga peronda lebuhraya. Sememangnya sumbangan anda semua amat dihargai. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua dengan rahmat kasih sayangNya dan menggantikan jasabaik anda semua dengan kebahagian dan ketenangan di dalam kehidupan anda sekeluarga. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda sekeluarga sebagaimana anda mempermudahkan urusan orang lain. Amin.

Friday, October 30, 2015

Mood Republik 2015 - Taman Tamadun Islam Terengganu

Ari ni Jumaat, 30/10/2015.

Akak dan adik adik akak, Ayu dan Nor pergi ke Mood Republik. Apa tu? Ha.. sebenarnya akak pun tak tahu.. durra yang bagitau akak.. masa gi jumpa durra kat hostel minggu lepas durra pesan, "mami, nanti pergi kat mood republik tau. Belikan shawl dan jubah untuk adik.".. panjang lagi list nya tapi akak cut short je.. hehe..

Semalam pun durra call dari hostel. Pesan lagi. Siap mintak belikan 2 jubah kat Bella Amara la.. amboi amboi...  main order je ea.. sebelum ni pun durra dah bagitau pasal jubah yang jual online ni... aduhai.. budak budak ni kan.. banyak betul diaorang tahu.. dunia instagram kan..

Akak memang tak suka berinsta instagram ni.. banyak sangat promo jualbeli produk.. tak suka tak suka..

Jadi ari ni akak sampailah kat tti. Punyalah ramai orangnya.. jam la sekejap kat jalan masuk tu.. Abe nik pergi hantar je. Pastu abe nik keluar. Meninggalkan kaum wanita dengan dunia fesyennya.. hihihi..

Banyak la brand brand designer tempatan.. ada Neelofa.. ada Emma Maembong.. Rina Saleh.. banyaaaakk lagi.

Memang tak sempat nak tawaf sepenuhnya kat dalam pusat konvensyen tu.. ramai sangat orang. Akak pun banyak kali jugak terserempak ngan student student akak..yelah.. bukan setakat satu terengganu yang datang tapi orang kelate pun ramai jugak yang datang. Tapi kesian la kat anak anak kecil.. bayi dalam stroller.. orang bersesak sesak..

Dalam banyak banyak booth ada satu booth ni yang jual tudung jenama durra. Ha.. akak pun apa lagi.. bergambo la dulu.. dan akak beli shawl kat situ jugak.. 3 untuk $100. Bolehlah. Akak beli banyak jugak la shawl. Hehe.. dah terer dah pakai shawl.. dulu rasa macam cerewet je bila tengok orang pakai shawl.. skarang ni nah.. siap ada banyak koleksi shawl dah.. hehe.. akak beli jubah jugak.. itu je yang sempat beli. Lepas tu kami keluar.. tepon abe nik mintak datang ambil. Letih dah jalan sana sini.

Mood republik ni sebenarnya adalah siri roadtour.. dulu ada dibuat kat kelantan.. skrg kat terengganu.. tahun depan buat lagi nanti.. kat mana? Tunggu....

Thursday, October 29, 2015

Selepas buang pundi hempedu... kesannya..

Dah dua tahun abe nik buang pundi hempedu disebabkan  batu karang.

Tapi sejak itulah abe nik selalu sakit kat bahagian abdomen. Macam angin tak lepas keluar. Tapi lepas sapu minyak kat kawasan operate tu abe nik akan rasa lega sikit.

Itu hari abe nik kena sakit lagi masa dalam tandas... aduhai..

Dan tadi je abe nik dah mintak minyak urut.. yang panas. Semua minyak akak kasi.. minyak but-but, minyak urut serai wangi.. semua letak.

Jadi bila abe nik masih lagi pikir kenapa kenapa kenapa sakit kat tempat sama, akak pun tanya la pakcik gugel.

Bnyk jugak info yang berguna. Dan ada juga diberitahu, mereka yang dah pernah buang pundi hempedu ni perlu jaga pemakanan mereka. Kena berpantang.

Mereka ni tak boleh makan sangat
- daging
- kacang dan kekacang
- seafood
- makanan berlemak

Abissss tu.. nk kena makan apa ek... aduhai..

Nanti akak buat kajian lagi pasal nk ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...