Thursday, November 5, 2015

Ayah yang tidak pernah dikenali... apabila ayah meninggal dunia..

Semalam ada sorang pelajar akak ni.. masa nak mula kelas pelajar ni datang ke depan bagitau nak ke tandas.. oklah..

Kemudian masa habis kelas dan akak pun dah nak keluar, pelajar ni datang bagitau malamnya nanti tak dapat datang ambik ujian dan masa kelas tadi pun dia tak dapat bagi tumpuan...

Katanya ayahnya baru sahaja meninggal. Pagi tadi dapat tahu..

Yang akak musykilnya kelas akak petang.. dia datang jugak.. patutnya dia tak datang.. terus ke pejabat hep untuk minta bantuan pengangkutan balik ke kampung.. itulah yang akak bagitau kepada pelajar tu..

Tapi dari nadanya.. akak rasa macam pelajar ni kurang rasa sedihnya.. sebab apa? Sebab kata pelajar ni.. ayahnya tidak pernah dia kenal.. ayahnya dah bercerai dengan ibunya.. dan dia tak pernah kenal ayahnya... oooo... kisahnya...

Tuesday, November 3, 2015

Hari Potensi Kanak-kanak KEMAS 2015 Sura, Dungun

Ari ni akak berpeluang melihat persediaan cikgu cikgu tabika melaksanakan kerja-kerja urusan hari potensi kanak-kanak tabika.

Memang cemerlang lah semua cikgu cikgu kemas ni. Tak berkira. Cuti ke tak cuti... hujung minggu.. ke mana mana.. di mana mana.. bila bila pun.. sanggup berkorban demi Kemas.

Jadi memang wajarlah cikgu cikgu kemas mendapat pengiktirafan sewajarnya dari kerajaan.

Dan lihatlah wajah ceria kanak-kanak kemas.. pemimpin masa depan.. dan faktor modal insan bagi kelangsungan kemajuan negara kita...

Semoga Kemas terus maju!

Sunday, November 1, 2015

Sakit gigi weh...aduiii...

Hari Jumaat lepas balik dari Mood Republik tu akak singgah kat Losong. Makan tengahari kat Losong. Mil masak ikan singgang pedas.. delicious marvelous semua ada. Adik adik cakap pun sedap sangat.

Mil memang sangattt pandai masak. Dan mak masak kejap je.. orang penuh pengalaman. Kadang tu baru je lepas makan tengahari, nasi belumpun natuj ke perut, dah ditanya nak makan pau ke tak.. huhu.. memey lah.. boleh naik badan.. tapi tulah.. masakan sedap wo...hehe..

Ok so akak sambung citer.

Lepas makan tu akak sakit gigi... adui... gigi berlubang.. dah uzur dah gigi..huhu..

Malam nya pun sakit jugak.. susah nak tido. Rasa macam nak mintak doktor cabut time time tu..huhu..

Esoknya Sabtu ada kenduri.. tapi akak tak pergi sebab sakit gigi.. yelah.. gi kenduri nak la jugak makan.. dah sakit gigi caner nak makan..

So semalam dah makan ubat tahan sakit dan antibiotik yang dibeli kat klinik gigi kt kuala berang.

Hari ni Ahad akak ambik cuti. Kebetulan kelas takde ari ni. So akak pergi la klinik gigi jumpa doktor kat dungun. Doktor check. Bila doktor ketuk ketuk kat gigi yang sakit tu doktor tanya sakit tak.. akak bagitau sakit sket.. doktor siap terangkan,
" sakit gigi ni dalam 3 hari memang sakit. Jadi dalam 3 hari kalau cabut memang akan sakit. Jadi dinasihatkan makan antibiotik dulu dalam 5 hari kemudian barulah datang kembali untuk cabut"

Oo.. ok. Kena ikut cakap doktor. Yelah. Taknak la tanggung risiko kan.. jadi kena makan antibiotik dan ubat tahan sakit la dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...