Sunday, October 11, 2015

Hoarders: hmm...apabila mak suka beli barang tapi malas kemas barang..

Dalam satu episod ala-ala Clean House gitu, dipaparkan satu famili ni yang rumah mereka penuh ngan barang. Famili ni ada 2 orang anak lelaki yang sedang membesar. Dalam umur 3-5 tahun gitu.

Rumahnya pulak memang tak de langsung la ruang untuk anak-anak main. Pastu siap bela anjing lagi.. najis anjing merata-rata... tak bersihkan pun.

Jiran-jiran yang tahu pasal ni ada jugak la nasihatkan pasangan ni. Tapi tak jalan jugak. Akhirnya jiran-jiran mengadu kepada pihak berkuasa... kesannya ialah pasangan ni berkemungkinan akan hilang hak penjagaan anak mereka kerana tak dapat sediakan tempat yang sesuai untuk kanak-kanak membesar.. kiranya macam ada Child Protection right la gitu.. kalau kita kat sini macam Pusat Kebajikan Kanak-kanak la kan..

Bimbang anak-anak diambil dari mereka, barulah pasangan ni sedar.. dan setuju mengemas rumah..

Seronok kemain lagi kanak-kanak tu bila rumah dah kemas dan ada ruang untuk bermain..

Hmmmm.... macam-macam kan..

Saturday, October 10, 2015

Makan-makan ikang masok stinggg. Terbaek di Kuala Berang.

Semalam akak, abe nik, adik adik dan anak saudara akak pergi makan kat satu kedai ni. Akak lupa dah nama kedainya apa. Kedai ni letaknya sebelah je dengan Hospital daerah hulu terengganu.

Best jugak la ikan masak stim nya.. tapi masih lagi tak dapat menandingi ikan masak stim kat Restoren Pattaya kat Dungun.. hehe..

Durra lak kebetulan tak balik minggu ni.. sebab tu tak de dalam gambar.. hehe.. mak pun tak de sebab dah ajak mak tapi mak cakap pergilah.. mak kenyang dah makan bihun goreng tadi. Kisahnya mak sebelum tu ada pergi majlis perjumpaan.. majlis apa akak kurang periksa la.. hehe..

This book is co-written by me.. Fundamentals of Algorithm Development

Akhirnya salah satu buku yang akak tulis bersama telahpun berada di pasaran. Buku ini ditulis oleh 3 orang pensyarah Sains Komputer UiTM Terengganu.
Buku ini disasarÄ·an kepada pelajar yang ingin mendalami bidang pengaturcaraan dengan lebih baik lagi. Permulaan yang baik insyaAllah pengakhiran juga baik. Jadinya mereka yang bermula dengan buku ini untuk menguasai kemahiran pengaturcaraan, buku ini adalah jawapannya.
Buku ini banyak mendedahkan asas pembentukan algoritma dalam menyelesaikan masalah. Panduan demi panduan diberikan dengan terperinci dalam setiap bab.
Apa lagi ye... dapatkan buku ni hari ini kuga di kedai buku terpilih.
Maklumat lanjut:
Penerbit buku: Cencage
Harga ($): RM 64
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...