Wednesday, October 7, 2015

Internet data dalam 1 minit.. apa yang sedang berlaku..

Data di mana mana.. dan data semakin bertambah dari sehari ke sehari..

Jom tengok apa yang berlaku dalam seminit.

Ref: www. Intel.com

Dalam seminit
- 10 juta WeChat mesej bertukar
- 31,773 jam music dimainkan
- 138,889 jam video ditonton
- 3.3 juta kandungan facebook dikongsi
- 38,194 foto dimuatnaik

Dan angka-angka ini semakin bertambah.. bertambah dan bertambah setiap minit...

Dan dijangka pada tahun 2017, ada lebih banyak alat berasaskan teknologi komputer di dunia kita.. lebih banyak sehinggakan 3 kali ganda melebihi jumlah seluruh penduduk di bumi ini!

Dan pada tahun 2013, semua digital data telah pun meningkat kepada 4 Zettabytes. Tahu apa yang boleh disimpan dalam 1 zettabyte?

Boleh simpan the details of Tembok Besar China.. sepanjang panjangnya..

Hmmmm....

Friday, October 2, 2015

Aduhai ibu.. bersabarlah...

Baru sekejap tadi abe nik maklumkan anak kawannya meninggal.

Arwah merupakan anak sulung baru berumur 20 tahun. Masih belajar di politeknik.

Satu hari arwah kurang sihat dan arwah pergi la ke hospital. Kat hospital doktor suspect arwah mengidap leukimia. Jadi banyak la ujian yang perlu dilakukan.. ambil darah ambil air tulang belakang.. cucuk sini cucuk sana..

Arwah tak nak dah lalui semua tu sebab kata arwah beliau sihat..

Sehinggakan beliau mengadu kepada ibunya kenapa ibunya mintak dilakukan semua tu.. sebab beliau masih sihat..

Arwah mengadu kesihatannya makin lemah apabila mula melakukan ujian demi ujian kat hospital..

Sehinggalah terpaksa dibawa ke HUSM..

Dan berada di sana agak lama jugak..

Setelah sekian lama bertarung kekuatan demi kelangsungan kehidupan...

Akhirnya.. hari ni dikabarkan Allah telah memanggilnya pulang.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah arwah dan membalasnya dengan kebaikan serta menempatkan arwah di dalam golongan hambaNya yang soleh. Amin.

Thursday, October 1, 2015

Menu ari ni... buat nasi dagang

Ari ni ari jumaat 2/10/2016.

Ari ni breakfast nasi dagang gulai ikan aya ngan acar timun.

Rupanya ada banyak rempah gulai nasi dagang kat pasaran.. cuma yang kurang jadik ngan confirm jadik. Dalam banyak-banyak rempah yang akak cuba, ada satu rempah ni yang kiranya confirm jadik.. rempah ni pulak tak dijual kat pasaraya biasa..

Mana akak tau?

Sebab akak ada campur rempah-rempah nasi dagang yang akak beli kat pasaraya.. pastu masa masak gulai tu macam kurang umphh je.. bau tak de la sangat ketara..

Tapi bila dah letak rempah ajaib tu.. haha.. memang ada bau gulai nasi dagang la..

Sekarang ni kena tanya kat mak kat mana makteh dapatkan rempah nasi dagang ni.. sebabnya mak ambik dari makteh.. dan makteh pulak.. kalau sebut nasi dagang gondang.. hmm.. memang femes sangat la.. sampaikan setiap kali hari raya memang makteh sentiasa sibuk.. sebab memanjang orang buat tempahan nasi dagang..

Itulah kesahnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...