Thursday, February 5, 2015

Minyak plastik minyak botol..

Biasanya kalu menggoreng dengan kadar yg banyak selalunya kaum ibu akan gunakan minyak yg bungkus dalam plastik tu..

Dan bagi kita biasanya kita lebih selesa dengan minyak botol.. cap saji.. cap seri murni memang pilihan la kan..

Tapi tadi ada pulak dengar yg minyak seri murni dibuat di china.. hah? Biar betik.. adus dus..

Ya Allah, halalkan apa yang kami makan dan minum ya Allah. Janganlah Kau izinkan walau sekelumit makanan atau minuman yang dikhuatiri mengandungi unsur haram masuk ke dalam badan kami. Elakkan ianya menjadi darah daging kami ya Allah. Sesungguhnya kami ini sentiasa mencari apa yang halal bagi kami ya Allah. Berkatilah kami dengan rahmat kasih sayangMu ya Allah supaya kami sentiasa mendekatiMu ya Allah. Amin.

Wednesday, February 4, 2015

Aduhai... kena cabut gigi ni..

Gigi geraham atas dah rosak.. bukan apa.. itu hari makan ayam.. mungkin tergigit tulang nye kot.. pahtu gigi akak prapp bunyi... patah beb.. hai.. dah berumur ni gigi pun dah reput.. hmm...

So tadi g cabut gigi kat klinik gigi ni.. sebelum ni akak cabut gigi kat klinik gigi lain. Kali ni nak try klinik gigi ni..

Akak rasa perkara pertama yg kita rasa gerun bila nak cabut gigi ialah bila doktor mula-mula nak cucuk jarum tu.. dia punye rasa ngilu dan menyucuk tu yg menyebabkan kita rasa sakit tu..

Tapi akak tak tahu lah.. pengalaman akak ngan klinik gigi yg ni macam gerun sket.. sebab masa doktor nak cabut gigi tu akak boleh rasa macam banyak kali la doktor tu dok goyang-goyang gigi akak.. sampai kita boleh bayangkan macam-macam.. cuma akak perasan darahbtak banyak la..

Tapi kan.. akak rasa lepas ni kalu nak cabut gigi akak nak cabut kat klinik gigi satu lagi la.. rasa sakit gigi masa nak cabut tu sangat minima.. hmm..

Tuesday, February 3, 2015

MasyaAllah.. hebatnya kaitan waktu Dhuha dan Tahajud..

Semalam dapat message whatsup mengenai makluman peristiwa langit biru yang berlaku di Mekah. Dan waktu kejadiannya dikatakan sekitar 3.25 pagi waktu Mekah. Dan bagi Malaysia waktu tersebut ialah pada jam 8.25 pagi iaitu awal waktu Dhuha.

Maksudnya di sini ialah, pada pukul 3.25 pagi tu orang Mukmin di Mekah melakukan tahajud dan pada waktu yang sama kita di Malaysia ialah jam 8.25 pagi dan orang Mukmin bersiap untuk melakukan dhuha. Begitu besarnya perbezaan 5 jam tu.

Patutlah hadis nabi menyebut begitu besarnya kebaikan mereka yang melakukan dhuha. Rupa-rupanya pada masa kita dhuha di sebelah dunia lagi sedang melakukan tahajud. Jadinya siang dan malam ada waktu-waktunya yang Allah janjikan pahala berganda kepada hambaNya yang tekun beramal ibadat kepadaNya.

Dan disebut juga bahawa pada akhir dua pertiga malam yang akhir, Allah turun ke langit dunia. Dan Allah memperkenankan permintaan hamba-hambaNya. Dan dikatakan waktu doa yang mustajab  ini sangatlah suntuk iaitu sejurus sebelum masuk waktu Subuh. Jadi sebab tu pada waktu-waktu akhir ini digalakkan banyak berdoa.

Perkara yang sama juga berlaku pada waktu dhuha. Diberitakan bahawa lebih afdal melakukan solat dhuha pada penghujung waktunya. Kata ustaz kazim, waktu dhuha ni ialah di antara jam 8 sehingga 12 tghari. Tapi kalau jam 11.45 tu dah berada di hujung dhuha.. dah terasa sangat panas mentarinya.. jadinya ada yang kata waktu afdal ialah sekitar jam 10 - 11 gitu.

Namun terserahlah kepada kita. Yang penting istiqamah melakukan ibadat sunat ni. Pukul 8 ke, pukul 10 ke, buatlah ketika mana yang kita dapat buat. Semoga Allah menerima amal ibadat kita. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...