Saturday, June 1, 2013

Kalau dah kaya teramat kan...

Cakap pasal negara Timur Tengah memang tak kan lari daripada menyentuh perihal kekayaan ketua2 negara mereka nih.. tengok kat Dubai.. macam2 mende ada.. bangunan segala ada .. yang tak de kat tempat lain pun ada kat situ.. dan terhebat lak tu..

Kata Dr Zakir Naik, kalau nak diikutkan... hanya ambil 4 jutawan terkaya duni je dah mampu menyelesaikan masalah kebuluran dan kemiskinan yang melanda dunia ketika ini.. hebat kan..

Dan dalam Islam.. orang kaya kena ambil peduli halehwal orang miskin.. itu yg ada zakat dan sedekah tu.. Hebat jugak cabaran jadi orang kaya kan.. tapi skrg ni org kaya makin berlumba2 nak makin kaya.. kena join kelab jutawan ni kelab jutawan tu.. bila mintak sumbangan sedekah utk bantu golongan yg berkeperluan punyalah susah.. yelah.. katanya tu duit mereka kan... takkan senang2 nk bagi org lain kan.. ingat2kan diri.. dalam hak kita ada hak org lain..

Berapa ramai yg sanggup jadi orang kaya yg tak nak kekayaan sebab nak tambah keimanan semata? Kita takkan sanggup jadi macam wanita kat arab saudi ni kan.. sebab nak duduk dekat tanah arab yg dekat ngan malam Nabi. MasyaAllah.

Nak kumpul pahala tak? Buat bekal ke akhirat..

Kalau ditanya apa yg penting kat dunia ni pasti hampir semua orang akan bagitau kepentingan
- duit, wang, pitih
- keluarga
- rumah
- kereta

Itu semua dalam bentuk fizikal.. kalau dalam bentuk spiritual mungkin x ramai yang akan memberi jawapan akan kepentingan
- berkat
- pahala

Sebelum ni akak rasa syahdu sangat bila dengar pelakon zamarul hisham bagitau "saya nak bawak mak ayah saya masuk SYURGA".

Berapa keratkah dari kita yang teringat momen sedemikian?

Akak pun sekarang ni sedang berusaha untuk memperhalusi diri.. muhasabah diri.. merenung kelemahan diri.. seterusnya mencari kekuatan diri untuk terus mengumpul pahala dan keberkatan hidup sebagai bekalan di akhirat esok..

Dan bagi entri kali ini akak nak mengajak pembaca semua.. adik2 semua... nak kumpul pahala ni mudah je.. ikhlas hati..

Dan salah satu cara utk dapat pahala berpanjangan ialah dengan membantu mereka yang berjuang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.. sekiranya pelajar2 ini dalam kesulitan.. memerlukan bantuan utk meneruskan perjuangan mencari ilmu maka ikhlaskan hati membantu mereka ini.. InsyaAllah.. kita permudahkan mereka Allah akan permudahkan urusan kita. Percaya dan yakin dengan bantuan Allah.

Ingat.. hidup ini adalah sementara je.. tak percaya sementara je? Yelah.. kita hidup.. lepas tu kita mati.. pernah x terpikir lepas tu kita pergi ke mana? TERUS KE SYURGA? PASTI?

Sama2lah kita ingat mengingati ye..

Perhalusi situasi sebelum membuat tuduhan..

Sebelum kita membuat sebarang spekulasi berkenaan sesuatu perkara, sentiasa ada baiknya kalau kita siasat duduk letak perkara itu terlebih dulu..
Kekadang mudah untuk meletakkan kesalahan kepada pihak lain tanpa mengetahui perkara sebenar.. bak kata Tun Mahathir.. " untuk kita kenal seseorang kita kena tengok sejarahnya dulu.. " kaji faktor2 sekelilingnya.. dan barulah buat andaian sendiri..
Dari sudut penyelidikan pulak.. sebelum kita buat andaian kita kena tengok dulu kepada teori2 berkenaan yang merujuk lebih dekat kepada sesuatu yang mungkin melibatkan perasaan.. pembelajaran..  tingkahlaku dan sebagainya.. barulah kita lebih memahami kenapa mereka bertindak sedemikian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...