Friday, January 10, 2014

Tazkirah: mencari keberkatan

 SHARING IS CARING!

sumber: dari group whatsapp

 'KEBERKATAN YG DICARI' - Petikan dari Ustaz Don Daniyal :

Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, ataupun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber lain kita perlu elakkan drp bercampur dengan darah daging kita.


  • Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu, pun ragu statusnya. 
 
 
Jadi ragu disebabkan - semasa waktu kerja:
  •  guna talian internet pejabat berjam-jam melayan Facebook peribadi, 
  • menggunakan telefon bimbit utk perbualan dan panggilan peribadi dalam waktu bekerja, 
  • lepak-lepak di kafeteria, 
  • ataupun konon keluar jumpa klien, tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
  • Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
 
  • Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. 
 

  • Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.
  • Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim perjalanan ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke pejabat.
  • Sengaja lengahkan kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. 
  • Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa - 
  • bukan sebab Allah tak sayang.
 

  • Bukan sebab orang aniaya. 
  • Bukan sebab santau atau kerja jin. 


Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. 

Apabila musibah menimpa, tak perlu tuding jari tapi bertanggungjawablah atas perilaku sendiri." 

Jom muhasabah diri, bersihkan minda, sucikan hati - rezeki diraih diberkati Ilahi.

No comments:

Post a Comment