Tuesday, April 22, 2014

Kumpulan Cakna Komuniti (KuCaknaKo): kisah buku

Memandangkan anaknda pun dah masuk form 1, jadinya akak mulakan operasi mengemaskini buku-buku persekolahan masa sekolah rendah.. cadangnya mana-mana buku yang masih elok lagi tu bolehlah disumbangkan kepada komuniti pelajar-pelajar sekolah rendah kat kampung akak.. biar mereka pun dapat manfaat.. dan kami pun dapat pahala..

Punya la banyak buku.. yelah.. buku latihan utk upsr tu pun dah berlambak-lambak.. tak campur ngan buku bacaan nye lagi..

Jadi akak bawak balik kampung semua buku-buku tu dan letak kat atas meja kat sebelah kedai mak.. mana-mana pelajar sekolah yang datang kat kedai mak tu kalau nak ambik buku tu ambik je lah.. sekurang-kurangnya boleh gak gantu diaorng..

Tapi nyesal sebab tak ingat nak ambik gambo.. tapi senario nye lebih kurang cam ni lah..


No comments:

Post a Comment