Sunday, September 29, 2013

Kisah kelahiran

Akak baru jap nonton citer 'one born every minute UK'... kat UK industri perbidanan ni mmg tiptop la tahap professionalnya. Bidan atau midwife adalah satu kerjaya yg sama penting ngan doktor..

Ok so citernya.. mom-to-be datang kat pusat kelahiran ni utk melahirkan baby. Sptmana hospital jugak, mmg bz giles la urusan kelahiran kat situ.. tadi kisah 2 kelahiran. Ada 1 lady dtg utk beranak kat situ tanpa ada sapa2 teman.. masih belum berkahwin kata this lady pakwenye tak nak ambik tau dah pasal dia selepas tau dia pegnen.

Kisah 1 lagi pasal couple dari India.. selepas kawin berusaha utk dptkan anak tapi x berjaya. Siap dah buat 2 kali IVF. Masih lagi x berhasil. Last2 Doktor  bgtau kalu nak anak jugak boleh tapi kena through egg donor... pulak dah.. cumanya.. next weeknya wifenye dah pegnen so x payah lah donor tu..

Melihat kpd 2 kisah kelahiran ni membuatkan akak terpikir.. setiap kelahiran bayi apabila dinanti2kan adalah anugerah yg paling berharga.. cuma apabila ada sokongan dan kasih sayang suami dan keluarga akan menjadikan proses kelahiran dan kehidupan tu sendiri sesuatu yg lebih bermakna..

Bayangkan anak2 gadis belum berkahwin yg keseorangan ..melahirkan bayi sendirian.. dan yg lebih  tragisnya.. selepas melahirkan, bayi tu pulak dibuang ke dlm tandas.. dicampak ke luar tingkap.. dijumpai di tempat sampah.. aduh duh..

Sunday, September 22, 2013

Kisah di hujung nyawa

Setengah orang tahu bila ajalnya..

Duhai Wanita.. Dunia Perempuan..

Perempuan.. Tangan yang menghayun dan menggoncang dunia..

Semoga Allah membuka pintu hati kita semua wanita agar muhasabah diri dan mengerti bahawasanya hidup ini singkat saja.. dan kehidupan yg singkat ini ada panduan dan undang2nya.. semoga Allah memberikan petunjuk supaya kita dapat memandu hidup kita ke jalan yg benar... jalan kebaikan.. jalan yang memberi pahala dan bukan dosa.. Amin.

Thursday, September 12, 2013

Upsr 2013 sk sura... last paper ari ni

12 sept 2013
Fuh.. ari ni last paper upsr.. last day pun students ada paper gak.. sains bi bi.. so masa tunggu paper yg last kul 12 tu akak ngan abe nik pegi la tengok anknda.. wah.. macam rumah terbuka la kat sekolah sk sura.. rupanya ada parent yg masa hantar anak pagi tadi masih tak pulang ke rumah.. mereka tggu anak sambil buat solat hajat dan baca yasin kat surau sekolah.. subhanallah..

Yg akak tgk sk sura ni memang teratur dan terancang sket pengurusan pelajarnya.. semua pelajar dok kat dewan sementara tggu time exam.. nanti guru2 akan bagi kata2 nasihat. Ustaz akan baca doa lepas tu.. dan masa nak masuk ke kelas utk ambik exam semua pelajar akan beratur bersalam ngan cikgu.. semoga diberkati ilmu anak2 kami.. terima kasih cikgu.

Tuesday, September 10, 2013

UPSR 2013

Ari ni anaknda dah selamat menduduki peperiksaan utk hari pertama upsr. Memang debaran mak ayah toksah cakap lah.. abe nik siap kata ye naik senggugut dok mikir.. haha lawak lawak.. hehe.

Semalam ada majlis motivasi kat sk sura.. so ada lah episod budak2 menangis.. siap mak ayah pun syahdu.. banyak la ustaz provoke.. sekali tu ustaz tanya sapa pernah tipu mak ayah dia? Hampir semua angkat tangan.. mata akak memang pegi ke anaknda.. rupanya tangannya terangkat juge.. adoyaii.. xpe.. mami maafkan.. yelah periksa ni kan..

Semoga anaknda dan semua rakan2 nya di seluruh Malaysia yg sedang mnghadapi upsr akan mndpt kejayaan cemerlang 5A 100%. Amin.

Thursday, September 5, 2013

Kisah ibubapa yg ada anak autisme

Mggu lepas2 akak ada tengok dokumentari pasal negara jepun. Ada pasal couple ni yg ada anak autisme. Kalu x silap anaknya skrg dah 6 atau 7  tahun umurnya..

Kisahnya ibunya bgtau beliau tunggu lamaa sangat nak dgr anaknya bercakap.. bertahun gitu.. dah byk tmpat pegi jumpa pakar tapi tak banyak prubahan.

Last2 couple ni pindah jepun. Ayahnya keje interpreter. Nak dijadikan citer, sejak anak diaorg berjumpa pakar kat jepun dan melalui sesi khas skrg anaknya dah boleh cakap dah.. ye dah boleh cakap.. kata ibubapanya memang perubahan yg sgt signifikan.. menangis ibunya masa bercerita.. skrg ni memang anaknya dah fasih bercakap.. dlm bahasa jepun!

Sememangnya ibubapa ni sanggup berkorban demi anak mereka.. dan sesungguhnya mereka inilah yg sangat2 menghargai pemberian Allah.. mereka inilah yg betul2 menjaga amanah Allah. Walaupun disertai dgn cabaran namun mereka sentiasa berusaha menjadikan cabaran itu satu pengajaran.. Semoga pasangan ini dilimpahi rahmat Allah yg berterusan. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!