Saturday, October 22, 2011

Adab menziarahi orang mati

Baru 3 hari lepas bapa saudara kpd suami meninggal. Asalnya hanyalah lelah biasa sahaja.. dibawa ke hospital.. masih boleh bersembang2 lagi.. Malamnya dikabarkan sudah tiada.. Tiada yang dapat menyangka.. ALLAH MAHA KUASA.. selepas tu baru dapat tahu ada di antara anak arwah yg sentiasa berdoa.. kalau ditakdirkan ibubapa habis umur, janganlah diberikan sakit yang berpanjangan..

Bila melawat, adalah lebih manis bagi perempuan sekiranya memakai pakaian yng bersesuaian..spt baju kurung ke.. jubah ke.. tapi adalah tidak manis bila kita memakai seluar jeans.. sangat tidak manis..

spt biasa ada yg kita kenal ada yg kita x kenal.. so yg lebih baik adalah bersalam dulu dgn orang sekeliling sebelum mengambil tempat duduk..

KISAH ANAK TAK SAF TARAF.. DARI KECIL HINGGA DEWASA HINGGALAH KE LIANG LAHAD

Aku terpanggil nak berkongsi pasal anak tak saf taraf ni..

Kisahnya, itu hari aku tolong sorang makcik ni isi borang nak dapatkan bantuan persekolahan cucu nye.. Maklumat yg aku dapat amatlah menyedihkan aku.. NAMA ANAK: Ada . NAMA BAPA: TIDAK DIKETAHUI IC BAPA: TIDAK DIKETAHUI

budak ni baru umur 6 tahun. Bila aku sembang ngan sedara terdekat, ada diantaranya guru sekolah, lagi lah aku terkejut.. Rupanya ada banyak kes yang sama.. TIADA NAMA BAPA.

Jadi, umum mengetahui yg seseorang anak ada ibu bapa.. jadi semestinya mempunyai nama ibu dan nama bapa.. walaupun ibu bapa dah meninggal.. walaupun ibu bapa dah bercerai.. DAN budak2 sekolah pun faham konsep ni..amat mudah..

Jadi, bayangkan, bila budak ni dah masuk sekolah.. kwn2 lain ada nama bapa.. yg dia pulak TAK DE NAMA BAPA.. kesannya, budak ni akan jadi MANGSA BULI selama mana dia berada di alam persekolahan.. Alangkah kesiannya budak ni

OK, skrg andaikan budak ni, kita namakan sbg ALI. Skrg ALI dah masuk sekolah menengah.. dan ALI ni bagus dalam bab2 agama. rajin pegi surau.. rajin pegi masjid.. Sekali tu ALI dilantik jadi imam oleh org2 yg tak tahu kisah hidupnya.. Tapi ALI diboikot oleh orng2 lain yg tau ALI ni anak luar nikah.. Mereka tak nak ALI jadi imam.. alangkah kesiannya ALI..

OK, so ALI dah berjaya masuk Universiti.. ALI berjaya dgn cemerlang sekali..biasanya masa kat U ni student2 ada couple.. tapi ALI tak de. sebab student2 lain tahu,. ALI ni tak ada nama ayah, so ALI ni dah famous pasal kisahnya.. ALI masih lagi sorang2.. Alangkah kesiannya ALI

OK.. ALI dan memulakan kerjaya.. kerjaya yang bagus.. sampai masa ALI berhajat nak kawin.. adalah gadis yang boleh terima ALI seadanya.. so, bila pihak keluarga perempuan tahu pasal ALI, mereka tak setuju anak gadis mereka berkawin dgn ALI.. alasannya, tak nak ada keturunan penzina dalam keluarga mereka..dan ini bukanlah kali pertama berlaku.. keluarga ustaz pun memang tak nak bermenantukan ALI..akhirnya ALI tak dapat kawin.. Alangkah kesiannya ALI.

OK, so ALI meneruskan kehidupannya.. hinggalah ajalnya tiba.. Dibacakan talkin dan di dalam talkin disebutkan nama ALI dan dibinti dgn IBUNYA.. Nasiblah NAMA IBU DIKETAHUI.. walaupun nama bapa tak diketahui tapi syukurlah, penghujung hidupnya sempurna..

BAYANGKANLAH...

BAGI ANAK2 YG DIPUNGUT TEPI JALAN, TEPI LONGKANG, TEPI TONG SAMPAH.. Sudahlah NAMA IBU, NAMA BAPA tak diketahui, ANAK2 ni langsung tidak diAZANKAN diQAMATKAN.. permulaannya sudah tidak betul.. macaman lah akhirnya nanti ye..

Hanya AKAL FIKIRAN YANG WARAS saja yg mampu berfikir ke arah kebaikan.. Aku berdoa semuga SEMUA UMAT ISLAM DI TERENGGANU khasnya DAN DI MALAYSIA khususnya DAPAT BERFIKIR DENGAN WARAS, MELALUI PEMIKIRAN YANG DIBERI HIDAYAH YANG BERTUNJANGKAN KEPADA AGAMA ISLAM.. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dirahmati ALLAH, bukan yag dilaknatiNYA. AMIN.

nak anak angkat?

ramai rakan2 dan sedara-mara sedia maklum yg anak aku sorang je.. dah besar dah pun.. so, rentetan dari itu, bermcm2 pertanyaan yg aku terima..

1. Sorang je ke? Tak nak tambah dah ke? Tak kesian ke kat anak, sorang je? Ni kena tambah lagi nih.. mcm2 lagi lah yg sewaktu dgn soalan ni

JAWAPAN: NI SOALAN YG BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI SOALAN BODOH. Nasib le aku ada anak sorang.. kalau aku tak ada anak langsung? Itu kan TUHAN PUNYA KUASA! BERSYUKUR lah dgn apa yg ada.. ada lagi org lain yg 20 tahun kawin x dpt anak lagi. Usahkan nak dapat anak, ada lagi yg sampai umur 50 tahun pun masih lagi tak kawin. Sebab apa? Takkan sebab diaorg tak nak kawin.. mestilah sebab ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI.

2. Nak anak angkat tak?

JAWAPAN: NAK sekiranya..
(a) bayi baru lahir yang
- ada ibu bapa yg sah, atau
- yatim piatu
- lelaki (sbb dah ada anak pompuan)

Minggu lepas, ada yg tanya nak tak anak angkat sbb ada mak yg SANGGUP bagi. kenapa aku tanya.. sebab anak yg sebelumnya baru umur 8 bulan.. hmmmm....


Memang ramai yg nak pelihara anak angkat atas alasan yang SATU.. golongan ni mempunyai KASIH SAYANG yang lebih.

Jadi, kepada golongan yg suka buang anak tepi jalan, tepi longkang, dalam pam tandas, dalam lubang najis, dalam tong sampah dan mcm2 lagi..dicadangkan:
1) KORANG KAWIN LAH DULU SEBELUM AMBIK KEPUTUSAN BUAT ANAK
2) BILA DAPAT TAHU MENGANDUNG, CARILAH ORNG YG SANGGUP NAK PELIHARA ANAK TU

Tak ramai yg sanggup pelihara anak yg tak saf taraf (anak hasil zina dan sbgnya) sebab terlalu hebat dugaan emosi yang akan ditanggung oleh anak ini nanti..

PIKIR DULU SEBELUM BUANG!!!

Monday, October 10, 2011

kisah arwah toki

aku selalu terpegun dengan kisah orang dulu-dulu.. macam2 ilmu diaorg ada.. ilmu berjalan atas air lah.. ilmu silat lah.. mcm2..

dari apa yg diceritakan oleh mak, toki aku ni serba-serbi pandai..ni aku nak citer pasal ilmu bercakap ngan binatang.. orang dulu2 bela anjing.. peranan anjing ni utk jaga kawasan ladang ngan kawasan rumah.. so ikut citer mak, anjing ni pengikut setia toki. kalau toki ke sawah atau masuk hutan ke, memang anjing ni jadi peneman.

sekali tu kata mak, toki ada kat sawah padi, tepi hutan la kot.. pastu anjing tu datang kat toki, menyalak2.. terus toki cakap kat anjing tu, "gi lah tangkap.. tapi mung gigit kaki je, jgn gigit tempat lain.." anjing tu pun pegi dari situ.. kejap je lepas tu, anjing tu datang.. datang bawak rusa sekali.. ooo rupanya tadi tu anjing tu bgtau toki, dia jumpa rusa, pastu tanya toki, nak tangkap ke tidak...wah.. hebat.. hebat..

yelah.. ilmu Allah ni terlalu luas... seluas lautan pun masih lagi tak dapat menandingi ilmu Tuhan.. mungkin selautan tu hanyalah setitis yg Allah bagi kat kita..

MasyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!