Wednesday, May 13, 2009

berat badan ideal.. boleh dapat ke..

of late ni, aku kekadang sakit kat bahagian lutut... kebetulan masa pergi kat klinik jumpa kat Azmah.. bila mengadu pasal sakit lutut ni, kata kak Azmah, memang dia pun dulu rasa macam tu jugak.. aku tanya pasal apa ye? aku bimbang la jugak pasal sakit gout.. kot-kot lah.. mengejutkan bila kak Azmah jawab, "terlebih berat badan..".. baru aku tersedar .. betullah tu kot.. gi jumpa doktor.. mengadu mende yang sama.. bila doktor tanya pasal berat badan, kira BMI, rupanya aku ni dah melepasi ideal weight.. bukan sekilo dua... bukan belas-belas kilo... malu nak bagitau.. terlebih-lebih kilo rupanya.. camna ni... patut la itu hari masa terjumpa student, ada yg memang tak sayang mulut terus je cakap, "eh, puan, kenapa puan nampak besar sekarang?".. tak boleh jadi nih.. nak kena beli Jusmate 5 ni.. kalu bersenam lambat kan.. sebelum ni ada gak buat yoga, tapi bila yoga dah diharamkan, berenti la.. tu yg berat bertambah-tambah.. hish.. kena puasa ni..

x-Temple Reunion

Pujian patut diberikan kepada Mar di atas kesudian beliau menjadikan re-union ini satu kenyataan... ramai yang datang .. dari utara ke selatan timur ke barat... dari sarawak pun ada.. cemerlang Mar... tapi aku lak xjadi datang.. terkilan gak.. dah lama x jumpa member lama.. x pe.. nanti leh tengok gambo semua yg datang kat facebook.. nanti next year lah kita jumpa, InsyaAllah..

Monday, May 11, 2009

lagi kisah guru

hmm.. nampaknya kisah guru yang dilontarkan mendapat input yang menarik dari mammy.. terima kasih mammy.

Bukannya niat saya nak melepaskan geram kepada kaum guru, saya yakin setiap guru seharusnya mempunyai kesedaran mengenai tanggungjawab yang mereka sememangnya berada di profesion perguruan disebabkan mereka mempunyai sumbangan yang penting demi kemajuan anak bangsa, demi kemajuan negara. Cuma, adanya segelintir guru yang 'tergelincir' dari landasan etika perguruan menyebabkan kita terpaksa merujuk kepada peribahasa 'nila setitik rosak susu sebelanga'.

Saya penuh yakin, semua guru berada di sekolah disebabkan minat dan kecintaan mereka yang mendalam akan peri pentingnya pendidikan kepada anugerah Tuhan dan pemimpin masa depan. Namun, tidak dapat kita nafikan ada segelintir dari mereka yang menjalankan tugas ibarat melepaskan batuk di tangga. Banyak kali kedengaran ayat-ayat sebegini keluar dari mulut cikgu-cikgu muda (kebetulan di depan saya), 'aku jadik cikgu ni sebab tak dapat keje lain.. janji ada keje.. ada gaji.' Memang terperanjat jugak apabila mendengar ni, tetapi itulah kenyataan. Sememangnya ada di kalangan guru-guru yangmelihat kerjaya guru ini seperti kerja-kerja lain. Macam buat filing... boring buat kerja filing boleh berenti jap, gi shopping ke... bila ada mood, sambung balik keje..

Satu lagi, saya agak terkilan dan masih lagi terkilan bila seseorang guru bercakap seperti ini, 'kang aku dah kata jangan bising.. mung ni...' Bagi saya lah... sememangnya it's natural ... pelajar-pelajar sekolah rendah ni aktif.. kalau diaorang duduk diam je.. tanya sepatah jawab sepatah, maksudnya ada yang tak kena ngan pelajar-pelajar ni.. So seorang guru sepatutnya belajar untuk menguasai kelas dan menghidupkan suasana yang dikehendakinya..bukannya marah dan memaki hamun pelajar.. kesannya amatlah negatif. Be in control wahai guru.

Sempena 16 Mei yang akan menjelang ni, saya dengan rendah hati mengucapkan Selamat Hari Guru kepapda semua Guru. Dan kepada para guru yang mendidik dengan penuh wawasan dan memberikan komitmen tidak berbelah bagi kepada pelajar-pelajar, tiada hadiah yang lebih baik selain doa semoga kehidupan guru diberkati, diberi ketenangan dan rezeki yang melimpah oleh Tuhan yang Maha Pengasih. Semoga keikhlasan didikan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada pelajar-pelajar semua termasuklah anak saya dibalas dengan keihlasan dan kasih sayang yang akan diberikan kepada anak-anak para guru... seperti kata pepatah Inggeris, 'what goes around comes around'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!